Pages

Friday, March 14, 2008

BUNUH DIRI


ALOR STAR - Seorang doktor wanita mencetuskan suasana panik di Hospital Sultanah Bahiyah di sini apabila mengugut mahu terjun dari tingkat enam, wad kelas kedua di hospital itu semalam.
Berikutan itu, kakitangan serta pelawat hospital berkenaan berkumpul hampir tiga jam menyaksikan tindak tanduk wanita berusia 20-an itu.
Kejadian bermula kira-kira pukul 9 pagi apabila doktor itu yang dipercayai mempunyai masalah di tempat kerjanya dan masalah peribadi telah bertindak keluar dari tingkap sebelum duduk di hujung koridor tingkat enam
.
" petikan dari KOSMO


Menurut WHO lebih kurang sejuta individu telah membunuh diri pada tahun 2000 di seluruh dunia. Setiap 40 saat seorang individu mati akibat membunuh diri di sesuatu tempat di dunia ini dan setiap 3 saat terdapat seorang individu yang cuba untuk membunuh diri. Suatu fakta yang mengejutkan!!!!!!!!!!.

Membunuh diri merupakan suatu tingkahlaku yang kompleks yang bukan sahaja melibatkan interaksi psikologi, sosial, agama, budaya, alam sekeliling malah biologi dan genetik.

Faktor Sosiodemografi

Jantina: Lebih ramai kaum lelaki mati membunuh diri berbanding wanita tetapi lebih ramai wanita yang melakukan cubaan bunuh diri.

Umur: Kadar bunuh diri lebih tinggi di kalangan individu muda(15-35 tahun) dan individu tua ( melebihi 75 tahun)

Taraf perkahwinan: Individu yang telah bercerai, balu, bujang adalah lebih berisiko daripada individu yang berumahtangga untuk bunuh diri.

Pekerjaan: Individu yang diberhentikan kerja lebih ramai membunuh diri berbanding mereka yang tiada pekerjaan. Pekerjaan yang tinggi kadar bunuh diri adalah doktor, pakar farmasi, pekebun dan mereka yang terdedah kepada sumber bunuh diri.


Masalah yang biasa dialami oleh mereka yang membunuh diri:

  • Masalah interpersonal. cth bergaduh dengan pasangan, keluarga, kekasih dll.
  • Disisihkan (rejection). cth berpisah dengan paangan , keluarga dll.
  • Kehilangan ( loss events) cth. masalah kewangan, kematian keluarga atau orang tersayang
  • Lain-lain cth. didapati bersalah melakukan sesuatu perbuatan jenayah , didiagnos penyakit merbahaya.
Terdapat beberapa faktor yang menjadi indikator untuk menggambarkan betapa seriusnya cubaan membunuh diri. Diantaranya adalah:

Cara bunuh diri. Seseorang yang cuba membunuh diri dengan menggunakan cara paling bahaya (seperti terjun dari bangunan, menembak diri sendiri , menggantung diri ) lebih berniat untuk membunuh diri berbanding mereka yang cuba membunuh diri dengan cara yang kurang bahaya(melukakan diri, meminum sabun ) .

Perancangan: Individu yang telah merancang dengan teliti cara untuk mereka membunuh diri seperti; mereka menyewa hotel untuk menyendiri, mengunci bilik, melakukan bunuh diri semasa ketiadaan orang lain di rumah, menulis wasiat atau nota bunuh diri mempunyai niat yang tinggi untuk mati.

Pendedahan terhadap peralatan bunuh diri: Mereka yang terdedah kepada bangunan tinggi, mempunyai ekses kepada racun , ubat-ubatan merbahaya, ekses senjata dan lain-lain lebih berisiko tinggi untuk mati akibat bunuh diri.

Penyakit mental: Individu yang mengalami penyaki mental seperti Kemurungan (major depresion), skizofrenia dan ketagihan alkohol lebih cenderung untuk bunuh diri.

Penyakit fizikal kronik: Mereka yang mengalami penyakit fizikal kronik seperti epilepsi atau sawan, kanser, HIV-AIDS lebih mudah untuk membunuh diri.


Kadar Bunuh Diri di Malaysia


Kadar bunuh diri di Malaysia bukanlah sesuatu yang harus di perlekehkan. Kita harus sentiasa menangani stress sewajarnya. Ketahuilah bahawa "Di Malaysia, kejadian bunuh diri masih berlaku dan dianggarkan 7 kejadian bunuh diri setiap hari, mencapai jumlah keseluruhan melebihi 2,000 kematian setahun. Kadar prevalen bunuh diri dianggarkan antara 8 hingga 13 tiap 100,000 penduduk setahun" petikan ucapan Menteri kesihatan Malaysia di Majlis Perasmian Bulan cegah Bunuh Diri , 2005.


Mungkinkah kadar yang lebih tinggi berlaku?. "Statistik untuk kadar bunuh diri di Malaysia adalah meragukan". Profesor T Maniam, seorang Pakar Psikiatri telah memberikan pandangan beliau tentang kadar bunuh diri di Malaysia dalam Asia-Pacific Journal of Public Health 1995 . Keraguan berlaku kerana di Malaysia, penyebab kematian yang dicatat pada sijil kematian adalah berdasarkan WHO's International Classification of Disease (ICD) yang tidak menggunakan langsung perkataan bunuh diri. Frasa seperti " death due to other external causes" atau " undertemined death" dan " death due to other violence" digunakan untuk mengklasifikasi kematian akibat bunuh diri. Maka kecelaruan berlaku dalam proses pengiraan kadar sebenar kejadian bunuh diri.

Kejadian bunuh diri juga banyak yang tidak dilaporkan. Walaupun cubaan bunuh diri adalah salah mengikut perundangan di Malaysia ( Penal code 309 : attempt to commit suicide), namun kebanyakan cubaan bunuh diri tidak dilaporkan dan diadili. Begitu juga proses postmortem yang perlu dilakukan tidak dijalankan terutama melibatkan kes-kes kematian bunuh diri melibatlan individu yang telah berusia, indivudu muslim , kes yang terpencil di pedalaman dan kes yang tidak meragukan.

Menurut kajian ( Ethnicity and Suicidal Behaviour in Malaysia : A Review of the Literature by T.Maniam and Patrick Morris; Transcultural Psychiatry March 1, 2001; 38(1): 51 - 63. ) kadar cubaan bunuh diri dan kejadian bunuh diri di Malaysia lebih melibatkan kaum wanita India berbanding kaum Cina dan kaum Melayu. Kebanyakan mereka membunuh diri menggunakan racun serangga yang mudah didapati di estet dan kebun tempat mereka bekerja. Kurangnya kaum Melayu dalam kadar bunuh diri mungkin disebabkan pegangan agama yang mengutuk dan menghukum keras tingkahlaku ini.


Apakah yang perlu anda lakukan?

Perkara pertama yang anda perlu ketahui adalah " bunuh diri bukanlah sebenarnya kemahuan untuk mati tetapi kemahuan untuk menghilangkan kesakitan menghadapi kesengsaran"

Jika anda berhadapan dengan individu yang ingin membunuh diri.............

  • Bawalah mereka ke tempat selamat agar mudah untuk mereka meluahkan masalah. Kadang-kadang pihak berkuasa seperti bomba diperlukan
  • Cuba bercakap dengan mereka agar mereka dapat meluahkan perasaan
  • Jangan pandang remeh niat mereka untuk membunuh diri.
  • Jangan asyik memberi nasihat. Mereka sebenarnya ingin anda mendengar (listen) masalah yang dialami
  • Jangan cuba menilai tingkahlaku mereka kerana anda tidak mengerti dan tidak berada disituasi mangsa.
  • Jangan mengatakan "anda patut" kerana ini akan menyebabkan mereka mersa lebih bersalah dan merasa diri lebih gagal menjalankan sesuatu tanggung jawab


Disaat anda buntu dan tiada siapa ingin mendengar masalah anda, telefonlah "befrienders" 0379568144/5. Mereka merupakan sukarelawan yang telah di latih untuk mendengar masalah anda.

  • Tingkah laku bunuh diri boleh diatasi. Jika anda bermasalah dan sukar mengatasi masalah anda segeralah berjumpa pakar psikitri yang boleh membantu.
  • Tingkatkan pengetahuan dan amalan keagamaan anda. Amalkan cara hidup sihat. Beriadhah selalu. bergaul mesra bersama keluarga dan rakan-rakan.
  • Jika anda mempunyai keluarga, rakan terdekat atau sesiapa sahaja yang bermasalah segeralah menghantar dan menasihatkan mereka untuk mendapat rawatan

No comments: