Pages

Friday, August 14, 2009

Bagaimana saya boleh membantu anda?

Saya menerima banyak email yang menyuarakan masalah seperti yang saya paparkan. Buat pengetahuan semua pembaca, bantuan pakar berada dekat dengan anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke mana-mana klinik berdekatan dengan anda. Berjumpa dengan doktor biasa dan mohonlah surat rujukan ke klinik pakar psikiatri.

Klinik Psikiatri ada dikebanyakan Hospital di Malaysia ini.

Mengapa perlu berjumpa pakar psikiatri?
Rawatan hanya diberi setelah pakar memahami anda secara menyeluruh. Dalam kebanyakan kes, masalah anda tidak akan dapat diselesaikan dengan satu temujanji sahaja. Apatah lagi dengan hanya berhubungan melalui email. Anda akan dibantu bukan sahaja oleh Pakar Psikitri tetapi juga oleh kaunselor, psikologist dan terapist yang lain.

Tetapi ingat!!! rawatan bukan untuk anda menyerahkan kepada pakar menyelesaikan masalah anda! Anda cuma akan dibantu untuk belajar menyelesaikan masalah sendiri., dengan cara yang lebih baik ........

Friday, July 3, 2009

PERSONALITI ANDA

Bagaimanakah pandangan orang lain terhadap anda?

1) Obsessive Compulsive Personality Disorder (OCPD)

Adakah anda seorang yang terlalu menitik berat tentang ketepatan masa? Adakah anda mahu persekitaran anda disusun rapi , tiada peralatan yang tidak terurus? Adakah anda bercita-cita terlalu besar, perlu menjadi pelajar terbaik, anak terbaik, ibu terbaik, isteri terbaik?
Adakah anda terlalu menitikberatkan perkara kecil sehingga kerja nada tergendala?

Sudah pastinya soalan di atas dijawab: YA.
Jika anda menjawab YA dan orang disekitar anda MERANA dengan sikap anda, anda mungkin mempunyai OCPD

Tahukah anda jika anda TERLALU tegas , TERLALU meletakkan cita-cita tinggi melangit sehingga tiada daya untuk mencapainya, anda akan KECEWA. Tidakkah anda terfikir ketegasan anda menyebabkan orang lain MERANA.

Pernahkah anda mendengar remaja membunuh diri semata-mata mendapat peperikasaan 8A dan 1 B?. Adakah anda beranggapan 80 markah tidak cukup baik dan 100% adalah target anda atau target ibubapa anda?.

Bukankah ramai orang yang gembira walaupun tidak TERLALU tegas dan bercita-cita tinggi seperti anda?.

Pakar psikiatri dan psikologi berpandangan bahawa hidup ini perlu SEDERHANA.
  • Anda perlu meletakkan target yang RASIONAL dengan pencapaian anda. Jika peperikasaan terdahulu anda mendapat markah 40/100, 45/100 atau 50/100. Letakkan target untuk mendapat 60/100 bagi peperiksaan akan datang. BERUSAHA lebih keras lagi.
  • Jangan takut dengan KEGAGALAN. Tiada salah untuk gagal. Tetapi salah jika anda tidak BANGKIT DARI KEGAGALAN.

(bersambung di lain waktu)

Wednesday, June 24, 2009

DADAH DAN MASALAH MENTAL

Penagihan dadah boleh menyebabkan terlalu banyak kesan buruk ( HARM) . Diantaranya:
  • Hina dan Hilangnya Harga diri
  • AIDS, HIV, Hepatitis dan penyakit lain yang berlaku apabila jarum suntikan dikongsi bersama
  • Rosak hubungan dengan TUHAN , kekeluargaan, rumahtangga dan hubungan dengan masyarakat
  • Maksiat seperti Menyamun , merompak, membunuh dan banyak lagi perbuatan keji terpaksa dilakukan untuk memuaskan nafsu GIAN

Dadah di Malaysia boleh dibahagikan kepada:

  • Opoiod: heroin, morfin
  • Ganja
  • Amphetamin: ecstacy, pil khayal, pil goyang, pil kuda, MDMA, syabu dll
  • Hallucinogen: gam
  • Lain-lain: ubat psikotropik spt upjohn,dormi,/ubat batuk/ketamin

Perlu diketahui bahawa pada asalnya dadah ini adalah ubat yang digunakan oleh para doktor untuk membantu pesakit. Contohnya ; morfin masih diguna oleh doktor untuk mengurangkan sakit serangan jantung dan sakit akibat kanser. Tetapi ubat ini telah disalahguna dan menjadi dadah

DADAH DAN PENYAKIT MENTAL

Ramai remaja yang mengambil dadah tidak mengetahui bahawa pengambilan dadah boleh menyebabkan anda GILA/PSIKOSIS. Pada asalnya anda mungkin beranggapan dengan mengambil ganja secara suka-suka; tidak kerap kononnya tidak akan memudaratkan. Anggapan inilah yang menyebabkan anda terjebak terus ke kancah dadah.

Dadah boleh menyebabkan semua jenis penyakit mental ;daripada anxiety kepada psikosis.

Melalui pengalaman saya ;semakin ramai remaja yang GILA disebabkan ganja dan amphetamin. Remaja yang terlibat bukan sahaja dari golongan luar bandar tetapi juga mereka yang berpelajaran tinggi seperti para siswazah . Tanda -tanda psikosis yang dialami sama seperti penyakit skizofrenia.

Psikosis berlaku kerana dadah yang diambil telah merosakkan otak . Kerosakan otak bermanifestasi dengan psikosis.

Bagaimana mendapat rawatan?

  • Jika anda belum pernah mengambil dadah. Jangan dekati kawan atau rakan yang cuba menarik anda terjebak sama. Cari kawan yang lebih rasional dan bijak
  • Jika anda merokok, jangan cuba terima pelawaan rakan untuk mencuba ganja. Datang ke klinik berhenti merokok yang ada di mana-mana klinik kesihatan
  • Jika anda telah terjebak dengan dadah cthnya. anda telah mula mengambil ganja atau heroin atau amphetamin, datanglah ke klinik psikitri untuk membantu anda berhenti mengambil dadah. Masih ada insan yang sayangkan anda. Masih ada insan yang memahami masalah anda. Jangan putus asa dan terus menyelesaikan masalah anda dengan dadah
  • Jika keluarga anda terlibat dengan dadah, segera bawa beliau ke klinik untuk rawatan sebelum anda menjadi mangsa..