Keganasan terhadap wanita merupakan masalah sejagat yang berlaku seluruh dunia menyebabkan bukan sahaja masalah sosial , kesihatan mental dan kesihatan fizikal tetapi juga ketidakseimbangan ekonomi dan keruntuhan sesuatu tamadun.
Banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan keganasan terhadap wanita bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Lebih menyedihkan keganasan terhadap wanita berlaku disebabkan oleh orang yang mereka harap boleh menjadi pelindung seperti suami dan bapa sendiri. “Honor Killing” terhadap wanita yang kononnya menjatuhkan marwah keluarga masih menjadi amalan di sesetengah negara di asia barat seperti Pakistan , Afghanistan, Sudan, Arab Saudi , Bangladesh dan Turki. Bangsa-bangsa Bersatu menganggarkan lebih 5,000 wanita dan anak-anak perempuan di seluruh dunia telah dibunuh oleh keluarga mereka sendiri hanya kerana dituduh melakukan perbuatan yang dianggap menjatuhkan marwah keluarga.
Keganasan oleh suami atau pasangan lelaki berlaku di seluruh dunia tanpa batas sosial, ekonomi, agama atau budaya. Di barat contohnya, 25% hingga 29% daripada wanita di Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom pernah mengalami keganasan fizikal oleh pasangan mereka. Manakala peratus yang lebih tinggi berlaku (26% hingga 52%) di Latin Amerika dan Caribbean. Dalam soal-selidik di 48 buah negara oleh Bangsa-bangsa bersatu, antara 10%-69% wanita melaporkan pernah menjadi mangsa keganasan fizikal pada sesuatu masa dan keganasan oleh pasangan ini sering berkait dengan keganasan mental dan satu perdua hingga satu pertiga daripadanya berkait dengan keganasan seksual.
Keganasan terhadap wanita juga melibatkan kes seperti pelacuran paksaan, mangsa pornografi, pengguguran anak perempuan, proses berkhatan wanita, pengabaian hak asasi seperti pelajaran, kesihatan dan pelbagai lagi.
Di Malaysia, mengikut data daripada Polis Di Raja Malaysia pada tahun 2006, lebih daripada 2500 kes keganasan rumah tangga, lebih kurang 1500 kes rogol dan 250 kes sumbang mahram di laporkan setiap tahun. Menyedihkan dalam kes sumbang mahram bapa sendiri diikuti oleh bapa saudara dan kemudian bapa tiri merupakan mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak bermarwah ini. Trend keganasan rumahtangga ini menunjukkan negeri yang maju dan sibuk (seperti Selangor) mempunyai kadar keganasan rumah tangga tertinggi pada setiap tahun mungkin disebabkan tekanan yang lebih tinggi di kawasan bandar.
DINAMIK WANITA MANGSA KEGANASAN
Persoalan timbul bagaimana wanita yang menjadi mangsa keganasan ini masih mampu terus berada di lingkungan kehidupan yang penuh tragis ini!. Adakah wanita terlalu bergantung harap kepada lelaki dari segi sokongan kewangan dan emosi sehingga sanggup di dera dan meneruskan hubungan bertahun-tahun? Adakah wanita-wanita ini tidak mempunyai rantaian sokongan lain selain daripada bapa, suami atau pasangan yang menganiaya mereka? Adakah wanita ini mempunyai masalah personaliti, psikologi atau penyakit mental sehingga sanggup membiarkan diri didera?. Banyak lagi persoalan yang tidak dapat dijawab dan diselesaikan walaupun masalah keganasan terhadap wanita telah lama berleluasa, banyak kajian dan banyak intervensi telah dijalankan .
Psikologi dan Personaliti wanita mangsa keganasan
Personaliti
Menghairankan, 18%-74% wanita yang menjadi mangsa keganasan kembali menjalin hubungan dengan pemangsa walaupun didera dengan teruk (Fiore Lerner & Kennedy 2000). Ramai ahli keluarga, kawan-kawan , paraprofessional dan professional sebenarnya marah dengan tingkah laku dan sikap mangsa itu sendiri. Mungkinkah wanita yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga ini mempunyai personaliti tertentu yang menyebabkan mereka sanggup didera?
Fiore Lerner & Kennedy 2000 mendapati lebih kurang 80% daripada wanita mangsa keganasan ini mempunyai schizoid personality . Wanita yang mempunyai personaliti ini bersikap suka menyendiri, tidak bergaul dengan masyarakat, bersikap pasif dan kurang memerlukan sokongan dari segi kasih sayang mahupun bantuan daripada orang lain. Disebabkan personaliti ini mereka lebih mudah menerima sahaja penderitaan akibat keganasan daripada mengambil langkah keluar dari situasi tersebut.
Terdapat juga lebih kurang 65% wanita mangsa keganasan ini yang mempunyai personality yang dipanggil dependent personality. Wanita yang mempunyai personaliti ini mudah memandang rendah kepada kebolehan diri sendiri, memandang tinggi kepada orang lain termasuk pemangsa, sering memerlukan bantuan, sokongan dan evaluasi orang lain dalam kehidupan seharian. Mereka risau jika dibiarkan sendirian sehinggakan sanggup hidup berterusan dengan pemangsa walaupun didera.
Mungkinkah personaliti yang di kaji sebenarnya adaptasi terhadap keganasan yang berlaku?. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa wanita mangsa keganasan ini mengalami perubahan personaliti menjadikan mereka lebih mudah didera ( Herman 1992). Mereka mengikut sikap pemangsa yang impulsif dan panas baran sehingga menyebabkan pertelingkahan mudah berlaku dan akhirnya mereka juga yang menjadi mangsa.
Penafian (Denial)
Dalam satu kajian di barat terhadap wanita yang menjadi mangsa keganasan ( Perez et. al. 2007) mendapati di antara penjelasan psikologi kejadian ini adalah wujudnya “cognitive distortion” atau perubahan fikiran dan pemahaman wanita itu sendiri. Mereka mempunyai tanggapan yang tidak munasabah tentang kehidupan mereka sendiri. Ada yang menidakkan atau menafikan (denial) dakwaan mereka menjadi mangsa dan ramai yang beranggapan keganasan yang berlaku hanyalah perkara kecil dan bersifat sementara. Mereka tidak dapat melihat bahawa menjadi mangsa keganasan itu sebagai merbahaya terhadap kesihatan mental dan fizikal mereka dan anak-anak.
Perasaan Berbelah bahagi(ambivalent feeling)

Mereka juga di selubungi perasaan berbelah bahagi (ambivalent feeling) yang menjurus kepada pandangan positif bahawa suatu hari kelak hubungan mereka dengan pemangsa akan menjadi baik walaupun sebenarnya mereka telah bertahun-tahun menderita. Mereka masih menaruh harapan yang tinggi terhadap hubungan yang telah terjalin walaupun hidup sengsara.
Learned Helplessness
Pakar psikologi barat Lenore Walker (1979) cuba menerangkan masalah psikologi wanita yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga ini melalui teori Learned Helplessness . Teori ini pada asalnya telah diperkenalkan oleh Martin Seligman yang menjalankan ujikaji terhadap anjing yang di kurung dan diberikan renjatan elektrik beberapa kali. Anjing tersebut didapati akhirnya menyerah kalah dan tidak berbuat apa-apa untuk melarikan diri walaupun peluang untuk melarikan diri itu diberikan. Masalah pemikiran atau masalah kognitif , tingkah laku negatif dan kekurangan motivasi yang berlaku ini didapati juga berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah kemurungan. Antara tanda-tanda kemurungan adalah bersikap pesimistik, tiada motivasi, merasa diri tidak berguna, menyalahkan diri sendiri dan merosakkan diri sendiri dengan membunuh diri Walker berpendapat bahawa wanita yang telah berulangkali didera mengalami kemurungan dan mempunyai pemikiran bahawa apa jua yang mereka lakukan tidak akan berjaya sehinggakan mereka menyerah kalah dan tiada motivasi lagi untuk berusaha melepaskan diri dan membiarkan diri mereka disakiti .
Walaubagaimanapun teori ini dikritik kerana tidak mengambil kira masalah sosial, ekonomi dan budaya wanita tersebut. Tambahan pula beliau mengaitkan mangsa keganasan ini dengan masalah mental. Ia juga tidak dapat menerangkan bahawa terdapat ramai mangsa yang cuba melarikan diri tetapi kembali semula menjalinkan hubungan dengan pemangsa.
Kitaran Keganasan (The cycle of violence)
Walker seterusnya mencadangkan the cycle of violence ; di mana masalah keganasan rumahtangga ini sebenarnya berlaku secara berkitar disebabkan perubahan tingkah laku pasangan dan mangsa itu sendiri. Beliau berpendapat terdapat tiga fasa tertentu dalam kitaran ini.
1) Fasa peningkatan tekanan
2) Fasa insiden keganasan
3) Fasa berbulan madu
Fasa peningkatan tekanan
Semasa fasa ini pemangsa atau suami akan menyerang pasangan dengan kata-kata yang kesat dan tuduhan yang menyakitkan hati pasangan akibat kesalahan kecil wanita tersebut. Pergaduhan kecil mungkin berlaku. Pada waktu ini wanita yang menjadi mangsa akan menjadi pasif, berada dalam ketakutan, mendiamkan diri, cuba untuk tidak mencetuskan kemarahan pemangsa. Mereka sering menyalahkan diri sendiri kerana tidak dapat mengawal keadaan. Namun kemarahan lelaki atau suami biasanya berterusan dan meningkat sehingga tidak dapat dikawal.
Fasa insiden keganasan
Semasa fasa ini tekanan atau stress memuncak sehingga ke peringkat maksima dan berakhir dengan keganasan. Ia biasanya berlaku akibat masalah luaran , masalah yang telah lalu atau masalah emosi suami itu sendiri dan kadang-kadang tiada kaitan langsung dengan wanita tersebut. Pada ketika ini penderaan fizikal , seksual atau lebih merbahaya lagi pembunuhan boleh berlaku.
Fasa berbulan madu
Setelah keganasan dan pergaduhan berlaku, pasangan kembali ke fasa ini. Suami menjadi terlalu pemaaf, kononnya menginsafi kesalan mereka , menjadi sangat penyayang dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan tersebut lagi di masa hadapan. Mangsa atau wanita ini cuba mempercayai dan kasih sayang yang di berikan oleh suami pada fasa ini menjadi hadiah atau reward yang sangat penting kepada wanita tersebut . Wanita ini menjadi rasa bersalah jika mereka meninggalkan keluarga dan merasakan diri mereka bertanggung jawab sebagai isteri untuk menjaga kebajikan suami dan anak-anak.
Biasanya kiataran ini akan berulang tetapi tempoh setiap peringkat berubah-ubah . Fasa berbulan madu menjadi singkat dan fasa keganasan meningkat
Francis Woods pula mencadangkan 5 fasa kitaran keganasan
Fasa penafian: Fasa pertama merupakan fasa penafian atau denial phase. Pada peringkat awal ini wanita yang menjadi mangsa biasanya mudah menidakkan atau menganggap keganasan yang berlaku hanyalah perkara kecil. Contohnya “ Tak ada apa-apa yang berlaku. Perkara kecil sahaja. Suami tampar saya sikit sahaja. Kemudian saya terjatuh sebab itu pipi saya lebam” Mereka mudah merasa malu jika perkara tersebut di ketahui oleh orang lain. Stigma sebagai mangsa keganasan rumahtangga masih berleluasa dalam sesetengah masyarakat dan budaya.
Fasa menyalahkan diri sendiri. Semasa fasa ini wanita yang menjadi mangsa mula sedar bahawa diri mereka menjadi mangsa keganasan. Tetapi akibat sentiasa dipersalahkan oleh pemangsa atau suami dan tambahan pula sifat wanita yang suka merendah diri, lantas menyalahkan diri sendiri sebagai pencetus perbalahan. Contohnya “ Saya yang perlu dipersalahkan sebab cuba nak minta duit. Kalau saya duduk diam-diam tak ada akan berlaku”
Fasa memohon bantuan: Setelah tidak mampu didera, ramai wanita yang menjadi mangsa sebenarnya cuba mendapatkan bantuan . Malang bagi mangsa dera ini kerana keluarga tidak memahami dan ramai ibu bapa yang menyalahkan mangsa ini kerana tidak pandai menjaga suami. Alasan isteri perlu patuh kepada perintah suami dan orang lain tidak perlu campur tangan dalam urusan rumah tangga bukan sahaja diberi oleh ibubapa malahan pihak berkuasa. Terdapat wanita yang melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa hanya pulang dengan tangisan kerana alasan yang sama! Wanita yang kurang berpengetahuan juga mempunyai perasaan takut dengan selok belok perundangan. Ramai diantara mereka terutamanya di luar bandar yang tidak tahu-menahu mengenai rangkaian sokongan sosial yang dapat membantu mangsa-mangsa penderaan. Terdapat juga wanita yang memohon bantuan daripada pakar psikologi tetapi akhirnya dilabel mempunyai penyakit mental. Akhirnya wanita ini merasa lebih putus asa dan kembali tertekan dalam lingkungan keganasan ini.
Fasa hubungan tinggal dan kembali: Pada fasa keempat ini wanita cuba menguatkan semangat untuk lari dari hubungan yang menderitakan ini. Namun ramai yang kembali meneruskan hubungan. Banyak kajian telah dilakukan unutk mengetahui mengapa mangsa meneruskan hubungan dengan pemangsa. Mereka di hantui perasaan berbelah-bahagi. Mereka mungkin cuba hidup sendiri dan bebas daripada penderaan tetapi ramai yang kembali bersama kerana terlalu sayangkan suami, merasa bertanggungjawab dan masih menaruh harapan agar pemangsa berubah. Terdapat juga wanita yang meninggalkan pemangsa hanyalah untuk menguji mereka; samada boleh berubah dan masih menyayangi mangsa atau tidak lagi. Di antara sebab lain mengapa wanita ini menerus hubungan adalah kerana risaukan keselamatan anak-anak yang mungkin dijadikan sebagai tebusan agar beliau kembali atau didera dengan lebih teruk lagi. Akhirnya ramai mangsa yang kembali kepada lingkungan kehidupan sebagai mangsa penderaan kerana kurang sokongan keluarga dan pandangan negatif masyarakat.
Fasa kehidupan tanpa keganasan:Ini merupakan fasa terakhir. Wanita yang mencapai fasa ini kebanyakannya mempunyai sokongan kuat dan berterusan daripada keluarga dan masyarakat. Namun ketakutan dan perasaan rendah diri di kalangan mereka masih terus berpanjangan dan mengambil masa yang lama untuk diubati.
Secara kesimpulannya, terdapat banyak masalah psikologi yang perlu dikaji untuk menangani masalah ini.
Adakah anda terjebak dalam kancah kehidupan sebagai mangsa keganasan rumah tangga. Nantikan edisi akan datang untuk mengetahui cara keluar dari jerangkap ini.