Pages

Wednesday, December 9, 2015


Saturday, March 3, 2012

............"apakah tahap kemurungan sy ni , sy hilang minat ingin bekerja,sy lalai dan pelupa.sy lebih suka duduk diam d rumah dan hilang kepercayaan pada org2 di luar sana,slalu mediamkan diri,sejak sy berpisah dgn org yg dicintai sy merasa sangat tdk berharga kerana maruah diri tercemar.sy dan pasangan sebenarnya sudah ingin merancang untuk berkahwin tapi gagal.dan kini, sy tdk tefikir masa depan apa lagi keinginan untuk bekerja kerana terasa tiada tujuan.sukar sy membuat keputusan apa saya harus lakukan............"

Luahan kata seorang yang mengalami depression atau kemurungan.

LANGKAH MENGATASI

1) Syabas kerana anda mempunyai " awareness" bahawa anda mempunyai depression atau kemurungan. Salah satu tanda seseorang yang mempunyai tinggi EQ (Emotional Intelligent) adalah kesedaran bahawa emosi telah terganggu.

2) Anda sekarang perlu mengawal emosi sebelum emosi mengawal anda

Mari kita belajar Cognitive Therapy.
- ---Bayangkan anda terdengar bunyi kaca pecah didapur ( Antecedent event) pada malam hari. -------Apakah yang anda percaya ( Belief)?
-----Jika anda benar benar percaya kepada apa yang anda fikirkan , apakah yang anda lakukan ( Consequent Event)?

Jawapan anda : Antecedent event : Kaca pecah
Belief : Pencuri masuk rumah
Consequent Event : Panggil Polis

Jawapan Saya: Antecedent event : Kaca pecah
Belief: Kucing terlanggar gelas
Consequent Event: Tak ada apa-apa; terus tidur

Jawapan Orang lain :
Antecedent event : Kaca pecah
Belief : Jiran biasa menonton TV tengah malam, bunyi bisisng dari jiran sebelah
Consequent event : Tak ada apa-apa; terus tidur

PERHATIKAN........ "Antecedent event" yang sama tetapi "Consequent event " berbeza. Consequent event berbeza kerana apa yang anda lakukan adalah bergantung kepada apa yang anda fikirkan ( Belief)

Mari kita selidik kenyataan individu yang mengalami kemurungan di atas:
Beliau mempunyai banyak Negative / Distorted Thought or Beliefs
----" hilang kepercayaan pada org2 di luar sana"
-----" merasa sangat tdk berharga kerana maruah diri tercemar"
-----"sy tdk tefikir masa depan"

Kenapa ini berlaku? Mari kita cabar dan betulkan pemikiran kita. Satu lagi Kemampuan penting untuk mempunyai EQ yang tinggi.

Dengan hanya satu kegagalan dalam percintaan , beliau membuat " generalization" kepada semua orang . Beliau perlu mengubah Negative Thought ini dan sentiasa BERFIKIRAN POSITIVE.
e.g. i) Benar, Si A tinggalkan saya untuk kali ini, tetapi masih ada ramai lagi di luar sana , bukan semua orang mempunyai sikap seperti A. Jodoh di tangan Tuhan. Tuhan jadikan berjuta umat dengan pelbagai kerenah . Tidak semua seperti A
Ingat : The Consequent Event is depending on Your Belief

e.g 2) "Merasa diri tidak berharga kerana maruah diri tercemar". Satu lagi contoh Negative Thought
Benarkah anda fikir maruah diri tercemar kerana gagal dalam bercinta..... ? Apa yang hilang pada diri anda? Hilang pendengaran? Hilang Penglihatan? Anda patut bersyukur kerana anda masih tidak hilang pedoman..... Jika dilayan emosi negative ini anda akan hilang segala-galanya. "Tidak salah jatuh tetapi salah jika tidak bangun berdiri selepas jatuh....."

e.g. 3) " tidak terfikir masa hadapan"
Lihat masa lampau... Berapa banyak jasa yang telah anda lakukan? Berapa ramai yang telah anda bantu? Berapa bayank kejayaan anda? Anda telah pernah berjaya sebelum ini wlaupun banyak dugaan melanda. Kali ini anda pasti berjaya mengharungi kegagalan ini . Gunakan apa jua solution yang pernah anda lakukan sebelum ini untuk mengatasi masalah anda. Pandang kehadapan. Sentiasa berfikiran Positif

3) Tingkatkan Social Networking
Anda perlu keluar dari bilik anda dan mulakan pergaulan dengan siapa sahaja yang anda rasa boleh membantu anda agar lebih aktif . Aktifkan diri . Ini dapat mengurangkan fokus anda kepada masalah yang sedang dihadapi. Antara yang boleh dilakukan; ke surau berjemaah, minum kopi di warung bersama teman dll

4) Senaman untuk meningkatkan Adrenalin.
Kemurungan akan bertambah teruk jikan anda tidak mengaktifkan diri. Mula bersenam dan tingkatkan adrenalin anda. Berjogging di taman, bermain bola bersama kawan dll

5) Jangan lupa... berdoa kepada yang Esa dan Tunggak yang 5 jangan dilupa

6) Jika masih gagal menangani masalah anda... Jangan segan silu... Segera ke klinik mendapatkan kaunseling pakar

Semoga dapat membantu anda

Tuesday, December 13, 2011

Assalamualaikum

Selamat datang ke Fahami Psikologi dan Psikiatri
Anda boleh mendapat perkhidmatan kepakaran tentang psikiatri dan psikologi di Klinik Pakar UiTM , Selayang. Sila telefon: 03-61264817 untuk membuat temujanji. Klinik Psikiatri dan Psikologi adalah pada hari Rabu 2-5ptg. Sila layari http://medicine.uitm.edu.my/ . Klik Clinical Service untuk makluman lanjut.
RM5 untuk sekali temujanji. Rm20 kos ubat-ubatan sebulan. FREE jika anda Kanak-kanak sekolah atau kakitangan kerajaan. Jangan lupa bawa Guarantee letter


Jika anda perlu seseorang untuk berbicara dan mendengar masalah dan rintihan anda Layari BEFRIENDERS; http://www.befrienders.org.my/



SEMOGA DAPAT MEMBANTU

Friday, August 5, 2011

PRIVATE PSYCHIATRIST

Selamat menyambut Ramadhan

Saya menerima komen dari pembaca yang ingin mendapat khidmat rawatan daripada private psikiatrist. Sila layari http://www.psychiatry-malaysia.org/listcat.php?cid=28&all=Y untuk dapatkan info berkenaan private psikiatrist. Selain dari senarai yang diberi anda juga boleh mendapat khidmat private psychiatrist di:

: PUSRAWI Jalan Tun Razak - dihadapan IJN
: HUKM - Private Wing


Ubat-ubatan yang baik untuk penyakit mental adalah mahal. Tetapi ada juga ubat yang murah yang boleh digunakan. Contohnya: Olanzapine 10mg untuk psychosis berharga lebih kurang RM 15-20 sebiji . Biasanya pesakit perlu 10mg- 2omg/day . Sebulan lebih kurang 20x30 = RM600 . Bagi pesakit yang alami psikosis, biasanya ubat dimakan bertahun-tahun. Ramai pesakit yang mulanya mampu mula beralih rawatan ke hospital kerajaan.

Terima kasih kepada kerajaan yang banyak membantu membeli ubat yang mahal ini. Alhamdulillah

Semoga dapat membantu

Monday, July 4, 2011

DAPAT KAN RAWATAN KE KLINIK PSIKIATRI BERDEKATAN DENGAN SEGERA

Selamat membaca diucapkan kepada semua pembaca blog saya. Saya menerima banyak kiriman komen tentang blog ini. Blog ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang penyakit psikiatri. Kepada para pembaca yang mungkin mempunyai sebarang tanda-tanda penyakit yang saya tulis, cepatlah datang ke mana-mana klinik psikiatri yang berdekatan. Tak perlu risau. Terdapat ramai pakar psikiatri di Malaysia yang boleh membantu anda. Kami sedia membantu. Ingin saya maklumkan rawatan tidak dapat diberi dengan sekadar komunikasi melalui blog, datanglah bersua muaka dengan pakar psikiatri untuk rawatan tepat lagi menyeluruh.

Thursday, April 14, 2011

Menangani Masalah (Problem Solving)

Setiap insan yang hidup akan mengalami masalah. Tetapi kenapa segelintir dari kita tidak mampu menangani masalah dengan baik dan akhirnya mengalami masalah jiwa?

Untuk mendapat kesihatan fizikal, badan kita perlu mempunyai kesimbangan dalam segala fungsi; baik fungsi hormon, begitu juga fungsi saraf. Contohnya; apabila hari menghampiri jam 12.30pm , kita mula rasa lapar dan dengan tanpa berfikir kita keluar makan. Ini berlaku kerana gula dalam darah kita mula berkurangan dan bahagian otak mengesan kekurangn gula ini. Otak mula memproses informasi dan menghantar signal ke bahagian otak yang mengawal kehendak untuk kita makan.

Perkara yang sama berlaku ; minda atau "psyche" kita perlu berada dalam keseimbangan untuk kita mempunyai minda yang sihat. Apabila kita mempuyai stress atau tekanan , psyche kita mula tidak seimbang. Jika stres berterusan , ketidakseimbangan ketara boleh berlaku sehinggakan tanda-tanda penyakit mental boleh timbul. Salah satu daripada cara untuk menyeimbangkan psyche kita ini adalah dengan "menyelesaikan stres atau masalah dengan bijak" Bagaimana? teruskan membaca


Intrapsychic Conflict
Apabila kita mempunyai stres berpanjangan stres ini akan 'menimbun' di dalam psyche kita membentuk "intrapsychic conflict". Untuk mengelakkan konflik ini berterusan kita mesti channel out konflik ini keluar dari psyche kita. Barulah psyche kita seimbang semula

Intrapsychic conflict berlaku kerana:

Ramai di antara kita yang suka membiarkan otak kita tepu dengan masalah. Setiap masalah yang timbul hanya difikirkan di kotak kepala sehingga kepala 'pening'
Apa yang kita perlu lakukan adalah:

JANGAN BIARKAN PROSES PENYELESAIAN MASALAH DI LAKUKAN DI OTAK. SELESAIKAN MASALAH DI LUAR OTAK!!!! ( Bunyi macam pelik saja!) Teruskan membaca. Ikut Langkah berikut:

1) BERTENANG
Jika anda bermasalah ; bawa bertenang, tarik nafas dalam-dalam,duduk ditempat yang tenang.

2) PENGGANTI OTAK
Dapatkan kertas dan pen atau buku atau diari atau komputer yang akan mengambil alih tugas OTAK anda

IDEAl A

3) IDENTIFY (I)
Tulis apa jua masalah anda di atas kertas , buku dll

cth a) Duit tak cukup nak bayar bil
b) Bergaduh dengan kawan
c) Muntah dan cirit birit

4) Determine the severity and urgency (D)
Pastikan masalah mana yang teramat penting dan perlu diselesaikan dahulu dan susun semula hiraki masalah.
(JANGAN BIARKAN OTAK ANDA TEPU DENGAN MASALAH; TULIS DI KERTAS & BIAR KERTAS YANG TEPU DENGAN MASALAH ANDA. BEBASKAN OTAK DARI BELENGGU MASALAH)

cth
a) Muntah dan cirit birit
b) duit tak cukup
c) bergaduh dangan kawan

5) Evaluate for solution
Cari beberapa jalan penyelesaian yang mungkin:
Cth
a) Muntah dan cirit birit: tinggal kat rumah dan makan ubat dari farmasi
ke klinik swasta
ke klinik kerajaan

b) Duit tak cukup: pinjam kawan
minta mak abah
cari kerja

c) bergaduh dengan kawan : biarlah dia, jangan jumpa
mohon maaf
aku buat-buat sakit kuat, nanti dia datang minta maaf

6) Analisis (A)
Analisa alternatif solusi yang difikirkan
a) Disebabkan tak ada duit , patut kek klinik kerajaan sahaja. Tinggal kat rumah , nanti bahaya. kalau sakit lagi teruk
b) Pinjam kawan dah banyak kali, pinjam mak pulak.... sambil tu cari kerja
c) mohon maaf jalan terbaik. buat-buat sakit : menipu


7) Learn and Look forward (L)
Belajar dari kehidupan kita sebelum ini. Cth:

a) Dulu , pergi klinik swasta banyak pakai duit. Ke klinik kerajaan pun dah cukup anbil ubat untuk muntah. Aku akan sihat kalau cepat berubat
b) Dah banayak kali pinjam duit, memang kena cari kerja. Mesti aku dapat kerja jika aku tak memilih sangat
c) Kenapa menyiksa diri . Memaafi sifat terpuji

8) Activate your Decision (A)

JANGAN PANDANG BELAKANG SETELAH BUAT KEPUTUSAN DAN LAKUKAN APA YANG TELAH ANDA FIKIRKAN TERBAIK.


PANJANGNYA!!!!Sebenarnya , inilah ynag dilakukan oleh otak untuk kita menyelesaikan masalah. Bagaimana otak tak tepu jika setiap hari kita sumbatkan ia dengan stres dan cuba cari penyelesaian di kotak kepala.

MULAKAN BELAJAR MENYELESAIKAN MASALAH DI ATAS KERTAS!!!! BEBASKAN OTAK ANDA DARI TEPU DENGAN MASALAH!!!

Friday, June 18, 2010


Kenapa saya perlu makan ubat?

Tiada pakar atau doctor yang mahu pesakitnya menderita. Semua doctor mahu pesakitnya sihat dan sembuh daripada penyakit.

Sebelum di beri ubat doctor mesti membuat pertimbangan buruk dan baik memberi ubat.

Cuba fikirkan masalah ini:

A mengalami kemurungan teruk sehingga mendengar halusinasi ; mendengar suara” matilah kau!, matilah kau!”.

Jika tidak diberi ubat, beliau boleh membunuh diri sendiri. Doktor akan memberi ubat untuk hilangkan kemurungan ( anti depressant) dan hilangkan halusinasi ( antipsikotik) . Ubat yang sedia ada telah terbukti boleh mengubati kedua-dua masalah tersebut

Apakah pandangan pesakit dan keluarga?

Kebanyakan orang ramai tidak terdedah dengan penyakit psikiatri. Fenomena mendengar suar-suara ghaib di anggap sebagai rasukan hantu dan sebagainya. Masalah utama yang dihadapi oleh doctor adalah membetulkan fahaman pesakit dan keluarga tentang masalah psikiatri ini. Masih ramai di kalangan pesakit dan keluarga yang terlalu takut apabila dikatakan mengidap penyakit mental. Stigma terhadap penyakit ini terlalu tinggi sehingga ramai yang tidak menerima ubat dan rawatan!

Bagaimana ubat bertindak?

Penyakit mental adalah disebabkan pelbagai sebab yang berhubungkait antara satu sama lain. Antaranya sebab keturunan, tekanan dan ketidakseimbangan fungsi otak

Sesiapa yang ada saudara mara yang mengalami penyakit mental (saka, hysteria, perangai pelik atau apa jua tafsiran kepada penyakit mental) adalah berisiko untuk mendapat penyakit mental. Anda tidak 100% akan dapat penyakit tersebut, tetapi jika anda tidak pandai menangani masalah dan anda berhadapan dengan masalah, penyakit ini akan menyerang

Tekanan yang anda hadapi akan menyebabkan otak berfungsi lebih dari biasa kerana anda memikirkan masalah tersebut dan cuba mnyelesaikannya. Kalau jantung berfungsi dengan otot jantung yang mengepam darah, otak berfungsi dengan bantuan neurotransmitter yang menhantar signal untuk berfikir. Antara contoh penting neurotransmitter ini adalah serotonin, dopamine dan adrenalin. Penyakit mental berlaku apabila tekanan berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan neurotransmitter ini. Maka ubat diberi menyeimbangkan semula neurotransmitter ini.

Bahagian mana otak yang tidak dalam keseimbangan?

2 bahagian otak yang penting adalah:

  • Sistem limbic untuk mengawal emosi, tingkah laku, perbuatan, perasaan seperti marah, benci, cinta, geram dan lain-lain
  • Prefrontal Cortex untuk mengawal fungsi kognitif kita seperti membuat perancangan, mengatur kehidupan, kawalan buruk baik perbuatan, mengawal proses perbuatan dan lain-lain

Pada keadaan biasa, bahagian otak ini berfungsi secara baik. Contohnya, anda rasa sayang pada anak anda, sistem limbic akan berfungsi. Jika anda ingin memasak , prefrontal cortex akan mengawasi susun atur cara masak yang betul.

Bila anda mempunyai tekanan bahagian otak ini terlalu aktif sehingga neurotransmitter serotonin, dopamine dan adrenalin tadi tidak berfungsi dengan baik. Tanda-tanda penyakit akan muncul kerana otak tidak berfungsi dengan baik.

Friday, August 14, 2009

Bagaimana saya boleh membantu anda?

Saya menerima banyak email yang menyuarakan masalah seperti yang saya paparkan. Buat pengetahuan semua pembaca, bantuan pakar berada dekat dengan anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke mana-mana klinik berdekatan dengan anda. Berjumpa dengan doktor biasa dan mohonlah surat rujukan ke klinik pakar psikiatri.

Klinik Psikiatri ada dikebanyakan Hospital di Malaysia ini.

Mengapa perlu berjumpa pakar psikiatri?
Rawatan hanya diberi setelah pakar memahami anda secara menyeluruh. Dalam kebanyakan kes, masalah anda tidak akan dapat diselesaikan dengan satu temujanji sahaja. Apatah lagi dengan hanya berhubungan melalui email. Anda akan dibantu bukan sahaja oleh Pakar Psikitri tetapi juga oleh kaunselor, psikologist dan terapist yang lain.

Tetapi ingat!!! rawatan bukan untuk anda menyerahkan kepada pakar menyelesaikan masalah anda! Anda cuma akan dibantu untuk belajar menyelesaikan masalah sendiri., dengan cara yang lebih baik ........

Friday, July 3, 2009

PERSONALITI ANDA

Bagaimanakah pandangan orang lain terhadap anda?

1) Obsessive Compulsive Personality Disorder (OCPD)

Adakah anda seorang yang terlalu menitik berat tentang ketepatan masa? Adakah anda mahu persekitaran anda disusun rapi , tiada peralatan yang tidak terurus? Adakah anda bercita-cita terlalu besar, perlu menjadi pelajar terbaik, anak terbaik, ibu terbaik, isteri terbaik?
Adakah anda terlalu menitikberatkan perkara kecil sehingga kerja nada tergendala?

Sudah pastinya soalan di atas dijawab: YA.
Jika anda menjawab YA dan orang disekitar anda MERANA dengan sikap anda, anda mungkin mempunyai OCPD

Tahukah anda jika anda TERLALU tegas , TERLALU meletakkan cita-cita tinggi melangit sehingga tiada daya untuk mencapainya, anda akan KECEWA. Tidakkah anda terfikir ketegasan anda menyebabkan orang lain MERANA.

Pernahkah anda mendengar remaja membunuh diri semata-mata mendapat peperikasaan 8A dan 1 B?. Adakah anda beranggapan 80 markah tidak cukup baik dan 100% adalah target anda atau target ibubapa anda?.

Bukankah ramai orang yang gembira walaupun tidak TERLALU tegas dan bercita-cita tinggi seperti anda?.

Pakar psikiatri dan psikologi berpandangan bahawa hidup ini perlu SEDERHANA.
  • Anda perlu meletakkan target yang RASIONAL dengan pencapaian anda. Jika peperikasaan terdahulu anda mendapat markah 40/100, 45/100 atau 50/100. Letakkan target untuk mendapat 60/100 bagi peperiksaan akan datang. BERUSAHA lebih keras lagi.
  • Jangan takut dengan KEGAGALAN. Tiada salah untuk gagal. Tetapi salah jika anda tidak BANGKIT DARI KEGAGALAN.

(bersambung di lain waktu)

Wednesday, June 24, 2009

DADAH DAN MASALAH MENTAL

Penagihan dadah boleh menyebabkan terlalu banyak kesan buruk ( HARM) . Diantaranya:
  • Hina dan Hilangnya Harga diri
  • AIDS, HIV, Hepatitis dan penyakit lain yang berlaku apabila jarum suntikan dikongsi bersama
  • Rosak hubungan dengan TUHAN , kekeluargaan, rumahtangga dan hubungan dengan masyarakat
  • Maksiat seperti Menyamun , merompak, membunuh dan banyak lagi perbuatan keji terpaksa dilakukan untuk memuaskan nafsu GIAN

Dadah di Malaysia boleh dibahagikan kepada:

  • Opoiod: heroin, morfin
  • Ganja
  • Amphetamin: ecstacy, pil khayal, pil goyang, pil kuda, MDMA, syabu dll
  • Hallucinogen: gam
  • Lain-lain: ubat psikotropik spt upjohn,dormi,/ubat batuk/ketamin

Perlu diketahui bahawa pada asalnya dadah ini adalah ubat yang digunakan oleh para doktor untuk membantu pesakit. Contohnya ; morfin masih diguna oleh doktor untuk mengurangkan sakit serangan jantung dan sakit akibat kanser. Tetapi ubat ini telah disalahguna dan menjadi dadah

DADAH DAN PENYAKIT MENTAL

Ramai remaja yang mengambil dadah tidak mengetahui bahawa pengambilan dadah boleh menyebabkan anda GILA/PSIKOSIS. Pada asalnya anda mungkin beranggapan dengan mengambil ganja secara suka-suka; tidak kerap kononnya tidak akan memudaratkan. Anggapan inilah yang menyebabkan anda terjebak terus ke kancah dadah.

Dadah boleh menyebabkan semua jenis penyakit mental ;daripada anxiety kepada psikosis.

Melalui pengalaman saya ;semakin ramai remaja yang GILA disebabkan ganja dan amphetamin. Remaja yang terlibat bukan sahaja dari golongan luar bandar tetapi juga mereka yang berpelajaran tinggi seperti para siswazah . Tanda -tanda psikosis yang dialami sama seperti penyakit skizofrenia.

Psikosis berlaku kerana dadah yang diambil telah merosakkan otak . Kerosakan otak bermanifestasi dengan psikosis.

Bagaimana mendapat rawatan?

  • Jika anda belum pernah mengambil dadah. Jangan dekati kawan atau rakan yang cuba menarik anda terjebak sama. Cari kawan yang lebih rasional dan bijak
  • Jika anda merokok, jangan cuba terima pelawaan rakan untuk mencuba ganja. Datang ke klinik berhenti merokok yang ada di mana-mana klinik kesihatan
  • Jika anda telah terjebak dengan dadah cthnya. anda telah mula mengambil ganja atau heroin atau amphetamin, datanglah ke klinik psikitri untuk membantu anda berhenti mengambil dadah. Masih ada insan yang sayangkan anda. Masih ada insan yang memahami masalah anda. Jangan putus asa dan terus menyelesaikan masalah anda dengan dadah
  • Jika keluarga anda terlibat dengan dadah, segera bawa beliau ke klinik untuk rawatan sebelum anda menjadi mangsa..