BUANG BAYI
Apa dah jadi dengan remaja sekarang ini? Apa dah jadi dengan masyarakat dewasa ini? Adakah kita di penghujung dunia? Pelbagai bencana berlaku akibat kesalahan kita.
Setiap kali kes buang bayi berlaku menitis air mata saya mengenangkan nasib si kecil yang tak berdosa. Saya tak sanggup membaca atau menganalisa lebih lanjut permasalahan ini. Namun , menjadi tanggung jawab saya selaku ahli masyarakat berbuat sesuatu sedaya mungkin menghalang ia berlaku.
Terdapat pelbagai istilah saintifik bunuh bayi :
Infanticide: Bunuh bayi yang telah lahir berumur 12 bulan dan kurang
Filicide: Bunuh bayi oleh ibubapa sendiri
Maternal filicide: Bunuh bayi oleh ibu sendiri
Neonaticide: Bunuh bayi yang baru dilahirkan sehingga kurang seminggu usianya
Abortion: Bunuh bayi di dalam kandungan
Kes infanticide berlaku di merata dunia merangkumi negara maju dan negara membangun. Di Amerika Syarikat contohnya , pada tahun 2005 sumber daripada US department of Justice, sebanyak 575 kes bunuh kanak-kanak bawah umur 5 tahun berlaku dan 35.5% atau 205 kes adalah kes infanticide. Di China pula, akibat polisi kerajaan "one-child-only policy "tidak secara langsung menggalakkan infanticide . Di India, akibat dowry yang menyusahkan infanticide di kalangan bayi perempuan tidak dapat dinafikan.
Infanticide berlaku sepanjang zaman. Sebelum kedatangan Rasulullah (s.a.w) kes infanticide telah lama berleluasa. Dr. Larry S. Milner, 1998 dalam bukunya "Hardness of Heart , Hardness of Life" menyingkap betapa dunia barat juga mengamalkan tindakan terkutuk ini.
Kajian terhadap infanticide telah banyak dilakukan di barat tetapi tidak di Malaysia. Dalam rangkuman kajian (Metasynthesis Study) oleh Mugavin 2005 berjudul "A metasynthesis of filicide classification system:psychosocial and psychodynamic issues in women who kill their children", infanticide boleh di bahagikan kepada pelbagai kategori berdasarkan motif , punca perasaan ingin membunuh, taraf kesihatan mental dan fizikal pembunuh, keadaan bayi yang tidak diingini, masalah dengan pasangan dan terdapat kajian yang mengklasifikasi infanticide secara saintifik berdasarkan neurotransmitter yang terlibat dalam sistem saraf dan otak pembunuh.
Secara menyeluruh, infanticide boleh berlaku akibat interaksi biopsikososial . Masalah sosial berleluasa sekarang tidak dinafikan menggalakkan infanticide. Remaja berzina merata-rata dan dipapar diinternet sebagai kebanggan mereka. Nafsu yang melonjak akibat pornografi juga melibatkan bukan sahaja remaja tetapi di kalangan ibubapa dan orang dewasa. Pelajaran keagamaan diberi tetapi tidak dipraktiskan. Kenapa ini berlaku?. Tiada penyudahnya jika diperbincangkan. Nak salahkan remaja........anak-anak.........ibubapa pun sama... Bapa borek, anak rintik.....!. Nak kata masalah berlaku di kota metropolitan yang banyak masalah timbul, di kampung-kampung pun berlaku juga kes ini!!!!!!!!. Akibat nafsu seks, bayi yang tak bersalah ini jadi mangsa. Namun tidak banyak kajian saintifik dilakukan untuk mengkaji permasalahan sosial ini dan kaitannya dengan infanticide.
Masalah psikologi pembunuh telah lama dikaji terutama di kalangan wanita atau ibu yang terlibat dalam kes maternal filicide. Kajian kebanyakannya dilakukan dibarat . Kebanyakan infanticide dilakukan oleh ibu muda dalam lingkungan 20an, tidak berkahwin dan menyembunyikan status diri yang sedang mengandung. Ramai di antara mereka yang masih tinggal dengan keluarga. Lebih kurang 1/3 daripadanya mengalami masalah psikitri seperti mengidap postpartum psychosis dan melakuakan pembunuhan kerana mempunyai pengaruh delusi atau halusinasi. Di antara motif pembunuhan adalah delusi untuk mengurangkan kesengsaraan ibu atau bayi yang telah dilahirkan, bayi dipercayai sial, cacat dan sebagainya. Terdapat juga infanticide yang berlaku kerana dendam terhadap pasangan yang tidak bertanggungjawab seperti tidak mengahwini ibu tersebut, merogol wanita tersebut dan sebagainya. Bagi ibu yang tidak dapat meninggalkan atau membuang bayi tersebut , terdapat kes yang membunuh diri mereka sendiri bersama-sama bayi tersebut. Pembunuhan oleh bapa bayi didapati lebih kejam berbanding seperti membakar, memberi asid kepada bayi.
Infanticide juga berlaku akibat kemarahan yang memuncak dan tidak terkawal. Perasaan benci dan marah ibu-ibu ini dilepaskan kepada anak-anak seperti " marahkan nyamuk, kelambu dibakar".
Selain daripada itu terdapat juga kajian yang melihat infanticide secara saintifik seperti kajian personaliti pembunuh yang psychopathic, kajian neurotransmitter serotonin yang berassosiasi dengan tingkahlaku keganasan dan sebagainya.
Walaupun telah banyak kajian dilakukan, tindakan harus disusuli. Siapakah yang bertanggungjawab . Ya! Kita semua.
Ibubapa:
Jadilah ibubapa yang baik dan bertanggungjawab agar anak dapat dididik dengan baik. tanamkan nilai keagamaan dari kecil lagi. Tetapi ingat Jangan memaksa anak-anak remaja kerana desakan anda akan menolak mereka kepada teman yang lebih rapat. Mereka boleh terjerumus jika teman yang dipilih salah.
Anda adalah orang terbaik untuk memberi pendidikan seks kepada remaja. Jika anda tidak melakukannya, mereka akan mencari ilmu ini dari kawan di internet. pasti perkaraburuk berlaku.
Jika telah berlaku perkara yang tidak diingini telah berlaku, bersama-samalah anda bertanggungjawab. Jangan biarkan remaja sendirian. Nabi lagikan maafkan umatnya. Jangan ditambah dosa dengan membiarkan remaja melakukan infanticide dengan membuang bayi yang telah dilahirkan. Jika anda rasa bayi tersebut menyusahkan dan malu untuk anda pelihara berhubunglah dengan anggota kebajikan masyarakat yang bertanggungjawab dan memahami masalah anda. Ramai ibubapa lain yang memerlukan bayi untuk dijadikan anak angkat.
Remaja:
Sedarlah hidup di zaman remaja hanya sementara. Pilihlah kehidupan yang baik . pilihlah kawan yang baik. Anda sudah cukup bijak memilih . Anda bertanggung jawab atas perbuatan anda. jangan salahkan sesiapa atas tingkah laku anda.
Jika anda di kalangan yang telah terjebak ke kancah yang tidak bermoral. Kembalilah ke pangkal jalan. Jika ibubapa anda tidak dapat membantu datanglah mendapat kaunseling dan bantuan pakar. Pakar psikistri sedia membantu anda.
Ingat.. apa yang anda lakukan hari ini akan resimpan di kotak kepala anda sebagai memori. Jika anda melakukan infanticide............ mampukah anda gembira di kemudian hari.
para pendidik:
Didikan agama, sosial, moral diakui penting tetapi perlu diberi secara hikmah.
Ingat........ Jika anda tersilap langkah anda akan menolak jauh anak didik anda.
Paksaan , desakan dan hukuman hanyalah membuatkan remaja menjauhi anda dan lari daripada anda.
Media
anda bertanggungjawab atas apa yang anda sebarkan. Niat anda kadang-kadang hanyalah untuk memaparkan berita tetapi perbuatan yang terpapar di dada akhbar akan menjadi contoh jalan penyelesaian mereka yang bermasalah. Jika ada remaja yang membuang bayi kerana meniru kes buang bayi yang anda paparkan, anda pun dapat syernya..........
Blogger,internet user
jangan berterusan dengan pornografi anda.
Kerajaan:
Dasar anda penting. Berbincanglah dengan cendekiawan cara mengatasinya. Sehingga kini tiada didengari dari mulut ketua negara untuk mengatasi masalah ini. Apa dah jadi????????.
DAPATKAN BANTUAN SEGERA JIKA ANDA BERMASALAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum dr salmi, saya merasakan artikel dr sangat berfaedah untuk masyarakat.tq
Post a Comment