Pages

Wednesday, May 7, 2008

"Sayalah Nabi Terakhir"

Kisah si Malik ( bukan nama sebenar) memeranjatkan seluruh kampung. Malik mengaku bahawa beliaulah nabi akhir zaman!. kata Malik " sayalah nabi terakhir". Malik berumur 35 tahun dan mendapat pendidikan awal disekolah pondok. Beliau agak alim orangnya. Beliau rajin ke surau dan menjadi imam di kawasan kampung tersebut. Rutin hariannya sebagai bapa kepada 4 orang anak adalah seperti orang lain. Beliau bangun sebelum Subuh dan ke surau berjemaah subuh. Lebih kurang 7 pagi Malik keluar bekerja di sebuah ladang kelapa sawit. balik di petang hari beliau ke surau berjemaah Maghrib dan Isyak bersama penduduk kampung yang lain. Beliau rajin bekerja dan ramah serta rajin membantu orang lain
Semenjak kematian ibunya , Malik kelihatan murung dan tidak banyak bercakap seperti biasa, Bertegur sapa dengan jiran tetangga juga jarang sekali. Dua tiga hari Malik didapati ponteng bekerja dan tiada nampak kelibatnya lagi di surau. Penduduk mula bertanya-tanya hal si Malik.
Setelah sebulam kematian ibunya, barulah beliau kembali ke surau. Pukul empat pagi Malik dah sampai di surau dan mula mengaji. Beliau tidak pernah memberi ceramah subuh sebelum ini tetapi mula meyakinkan penduduk bahawa kuliah subuh adalah penting. Beliau mula berbincang dan berceramah mengenai hal-hal keagamaan. Bersemangat sekali di subuh hening dengan lantang beliau berhujah dan bertutur tanpa henti. Beliau meyakinkan penduduk bahawa beliau telah menerima "hidayah" daripada tuhan setelah kematian ibunya. Beliau dapat berkomunikasi dengan tuhan dan malaikat dan selalu mendengar malaikat berbisik kepadanya dengan jelas bahawa " awaklah nabi terakhir". Banyak kali didengarnya suara malaikat ini. Beliau telah yakin bahawa beliaulah nabi terakhir!!!!!!. Penduduk mula gelisah,,,,,,,,,,,,, Malik semakin rancak berceramah!!!!!!!!!!!!!!
Terdapat penduduk yang mula menyanggah pendapat Malik tetapi Malik cepat marah dan tiba-tiba bangun dan cuba berbalah dengan penduduk tersebut............. Apa dah jadi dengan Malik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Bolehkah anda memberi huraian permasalahan yang berlaku?
Perlukah Si Malik menerima rawatan daripada bomoh atau psikiatri
Apakah rawatan untuk Malik?
Perlukah Malik didakwa?
Bagaimana akidah Malik?
TERUS MELAYARI BLOG UNTUK JAWAPAN
Huraian Masalah Malik.
Malik sebenarnya mengidap Bipolar Disorder dan tanda Psikosis ( Bipolar Disorder with Psychotic Features). Kematian ibu Malik merupakan tekanan yang besar baginya. Beliau bukan sahaja mengalami kesedihan biasa ( grief) akibat kematian ibu tercinta tetapi lebih daripada itu, beliau Kemurungan ( depressive disorder). Tanda-tanda episod kemurungannya seperti perubahan perangai daripada ceria kepada kesedihan, tidak bergaul , tiada motivasi untuk melakukan kerja, menyendiri dan lain-lain tanda awal yang Malik alami.
Seterusnya Malik mengalami episod Manik. Beliau rasa cergas, tidak perlu , banyak cakap, berkeyakinan tinggi, cepat marah dan sensetif, Di kedua-dua episod kemurungan atau manik, pada peringkat yang teruk psikosis boleh berlaku. Malik terlalu manik hingga mengalami psikosis. Beliau mempunyai halusinasi pendengaran ( second person auditory hallucination ) apabila beliau mendengar suara yang beliau sangkakan suara malaikat. Beliau mengalami delusi grandios ( Grandiose delusion) apabila beliau percaya bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan malaikat dan percaya dirinya tuhannabi terakhir. Kita tahu itu semua karut tetapi bagi Malik yang sakit Bipolar Disorder , beliau benar dan kepercayaan karut ini kukuh di kotak fikirannya
Fungsinya terjejas. Beliau ponteng kerja, bermasakah dengan penduduk kampung. Beliau mengidap Bipolar
Perlukah malik menerima rawatan?
Malik perlu dirawat. Beliau perlu dirawat secara menyeluruh.
Semua sejarah penyakit, masalah keluarga, masalah fizikal dan masalah mental keluarga akan di kaji. Keluarga perlu di bawa berbincang, majikannya perlu di bawa berbincang juga untuk membantu
Malik agak aggressif dan perlu dimasukkan ke hospital buat sementara waktu
Ubat yang diperlukan adalah mood stabilizer seperti Sodium valproate ( Epilim), lithium dll dan antipsychotic seperti haloperidol, olanzapine dll.
rawatan lain seperti grief counseling, anger management dan psychoeducation
Dakwaan
Pakar Psikiatri Forensik berperanan menganalisa kes Malik. Malik tidak bersalah kerana dakwaan karut beliau hanyalah dakwaan oleh seorang yang mengalami penyakit. Beliau tidak sedar akan dakwaan tersebut. Malik tidak harus dipersalahkan. Delusi adalah tanda penyakit Bipolar Disorder with Psychotic Features seperti sakit dada adalah tanda penyakit jantung. Apa yang perlu dibuat adalah merawat sakitnya, Bukan menghukum pengidap penyakit tersebut
Akidah
Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jika seseorang yang gila tidak wajib sembahyang, tidak berdosa jika ia meninggalkannya. Malik mengalami psikosis dan dalam keadaan gila atau insane. hanya Tuhan menentukan akidah malik
SELAMAT MEMBACA

2 comments:

zuhaidi said...

setelah membaca artikel ini,akhirnya saya mengerti penyaki yang saya deritai dr.Salmi...saya juga pernah mengalami pengalaman tersebut...adakah masih ada peluang untuk saya sembuh sepenuhnya dan bolehkah dr.Salmi memberitahu rawatan yg sesuai untuk saya secara lebih mendalam agar saya dapat sembuh sepertimana sediakala....saya sangat mengharapkan bantuan dr Dr. agar penyakit saya tidak menjejaskan kehidupan org lain terutama ahli keluarga saya yg begitu sayangkan saya

Dr. Salmi said...

Alhamdulillah anda telah menyedari bahawa anda mempunyai masalah tersebut . Langkah seterusnya. Pergi kemana-mana Klinik Kesihatan Kerjaan yang ebrdekatan dengan anda . Minta surat Rujukan ke mana-mana Klinik Psikiatri di Malaysia ini.
Kebanyakan Hospital Daerah telah ada Pakar psikiatri ynag datang melawat

penyakit anda ada ubatnya .... InsyaAllah