Pages

Thursday, April 14, 2011

Menangani Masalah (Problem Solving)

Setiap insan yang hidup akan mengalami masalah. Tetapi kenapa segelintir dari kita tidak mampu menangani masalah dengan baik dan akhirnya mengalami masalah jiwa?

Untuk mendapat kesihatan fizikal, badan kita perlu mempunyai kesimbangan dalam segala fungsi; baik fungsi hormon, begitu juga fungsi saraf. Contohnya; apabila hari menghampiri jam 12.30pm , kita mula rasa lapar dan dengan tanpa berfikir kita keluar makan. Ini berlaku kerana gula dalam darah kita mula berkurangan dan bahagian otak mengesan kekurangn gula ini. Otak mula memproses informasi dan menghantar signal ke bahagian otak yang mengawal kehendak untuk kita makan.

Perkara yang sama berlaku ; minda atau "psyche" kita perlu berada dalam keseimbangan untuk kita mempunyai minda yang sihat. Apabila kita mempuyai stress atau tekanan , psyche kita mula tidak seimbang. Jika stres berterusan , ketidakseimbangan ketara boleh berlaku sehinggakan tanda-tanda penyakit mental boleh timbul. Salah satu daripada cara untuk menyeimbangkan psyche kita ini adalah dengan "menyelesaikan stres atau masalah dengan bijak" Bagaimana? teruskan membaca


Intrapsychic Conflict
Apabila kita mempunyai stres berpanjangan stres ini akan 'menimbun' di dalam psyche kita membentuk "intrapsychic conflict". Untuk mengelakkan konflik ini berterusan kita mesti channel out konflik ini keluar dari psyche kita. Barulah psyche kita seimbang semula

Intrapsychic conflict berlaku kerana:

Ramai di antara kita yang suka membiarkan otak kita tepu dengan masalah. Setiap masalah yang timbul hanya difikirkan di kotak kepala sehingga kepala 'pening'
Apa yang kita perlu lakukan adalah:

JANGAN BIARKAN PROSES PENYELESAIAN MASALAH DI LAKUKAN DI OTAK. SELESAIKAN MASALAH DI LUAR OTAK!!!! ( Bunyi macam pelik saja!) Teruskan membaca. Ikut Langkah berikut:

1) BERTENANG
Jika anda bermasalah ; bawa bertenang, tarik nafas dalam-dalam,duduk ditempat yang tenang.

2) PENGGANTI OTAK
Dapatkan kertas dan pen atau buku atau diari atau komputer yang akan mengambil alih tugas OTAK anda

IDEAl A

3) IDENTIFY (I)
Tulis apa jua masalah anda di atas kertas , buku dll

cth a) Duit tak cukup nak bayar bil
b) Bergaduh dengan kawan
c) Muntah dan cirit birit

4) Determine the severity and urgency (D)
Pastikan masalah mana yang teramat penting dan perlu diselesaikan dahulu dan susun semula hiraki masalah.
(JANGAN BIARKAN OTAK ANDA TEPU DENGAN MASALAH; TULIS DI KERTAS & BIAR KERTAS YANG TEPU DENGAN MASALAH ANDA. BEBASKAN OTAK DARI BELENGGU MASALAH)

cth
a) Muntah dan cirit birit
b) duit tak cukup
c) bergaduh dangan kawan

5) Evaluate for solution
Cari beberapa jalan penyelesaian yang mungkin:
Cth
a) Muntah dan cirit birit: tinggal kat rumah dan makan ubat dari farmasi
ke klinik swasta
ke klinik kerajaan

b) Duit tak cukup: pinjam kawan
minta mak abah
cari kerja

c) bergaduh dengan kawan : biarlah dia, jangan jumpa
mohon maaf
aku buat-buat sakit kuat, nanti dia datang minta maaf

6) Analisis (A)
Analisa alternatif solusi yang difikirkan
a) Disebabkan tak ada duit , patut kek klinik kerajaan sahaja. Tinggal kat rumah , nanti bahaya. kalau sakit lagi teruk
b) Pinjam kawan dah banyak kali, pinjam mak pulak.... sambil tu cari kerja
c) mohon maaf jalan terbaik. buat-buat sakit : menipu


7) Learn and Look forward (L)
Belajar dari kehidupan kita sebelum ini. Cth:

a) Dulu , pergi klinik swasta banyak pakai duit. Ke klinik kerajaan pun dah cukup anbil ubat untuk muntah. Aku akan sihat kalau cepat berubat
b) Dah banayak kali pinjam duit, memang kena cari kerja. Mesti aku dapat kerja jika aku tak memilih sangat
c) Kenapa menyiksa diri . Memaafi sifat terpuji

8) Activate your Decision (A)

JANGAN PANDANG BELAKANG SETELAH BUAT KEPUTUSAN DAN LAKUKAN APA YANG TELAH ANDA FIKIRKAN TERBAIK.


PANJANGNYA!!!!Sebenarnya , inilah ynag dilakukan oleh otak untuk kita menyelesaikan masalah. Bagaimana otak tak tepu jika setiap hari kita sumbatkan ia dengan stres dan cuba cari penyelesaian di kotak kepala.

MULAKAN BELAJAR MENYELESAIKAN MASALAH DI ATAS KERTAS!!!! BEBASKAN OTAK ANDA DARI TEPU DENGAN MASALAH!!!

3 comments:

iridz said...

kalau ambik lebih dos ubat anti depress apa akan jadi? boleh rekomenkan klinik psikiatri yg terbaik?

ridzaienz@yahoo.com

Dr Salmi said...

Pengambilan apa juga ubat berlebihan adalah merbahaya

Jika anda mempunyai perasaan untuk melarikan diri dari masalah dengan mengambil ubat lebih , ikuti langkah ini.

1) Ingatlah Tuhan Maha pengasih lagi Maha Penyayang. Ingatlah kepadaNya.
Pengambilan ubat lebih hanyalah memudaratkan kesihatan. Jika anda maut kerana pengambilan ubat lebih, hanya Tuhan mengetahui pembalasannya

2) Anda tidak sendirian. Biarpun keluarga & rakan mungkin membuang anda. Masih ramai yang memahami anda...... Datang SEGERA ke Hospital untuk bantuan kecemasan. Pastikan anda berjumpa doktor psikiatri / psikologist /kaunsellor yang boleh membantu anda

3) Jika anda dalam keadaan bercelaru ; telefon sesiapa sahaja untuk membantu . Jika tiada; telefon BEFRIENDER

4) jika anda telah mengambil ubat berlebihan telefon Ambulance 999 untuk bantuan segera

SAYANGI DIRI SEBELUM MENYAYANGI ORANG LAIN. ANDA AKAN GEMBIRA JIKA ANDA MENYAYANGI DIRI ANDA.....

Dr Salmi said...

BEFRIENDER adalah organisasi yang secara sukarela mendengar dan membantu masalah sesiapa sahaja beroperasi 24 jam

Website Befriender: http://www.befrienders.org.my/about.html

Contact: 03-79568144 or 03-79568145