Pages

Wednesday, June 24, 2009

DADAH DAN MASALAH MENTAL

Penagihan dadah boleh menyebabkan terlalu banyak kesan buruk ( HARM) . Diantaranya:
  • Hina dan Hilangnya Harga diri
  • AIDS, HIV, Hepatitis dan penyakit lain yang berlaku apabila jarum suntikan dikongsi bersama
  • Rosak hubungan dengan TUHAN , kekeluargaan, rumahtangga dan hubungan dengan masyarakat
  • Maksiat seperti Menyamun , merompak, membunuh dan banyak lagi perbuatan keji terpaksa dilakukan untuk memuaskan nafsu GIAN

Dadah di Malaysia boleh dibahagikan kepada:

  • Opoiod: heroin, morfin
  • Ganja
  • Amphetamin: ecstacy, pil khayal, pil goyang, pil kuda, MDMA, syabu dll
  • Hallucinogen: gam
  • Lain-lain: ubat psikotropik spt upjohn,dormi,/ubat batuk/ketamin

Perlu diketahui bahawa pada asalnya dadah ini adalah ubat yang digunakan oleh para doktor untuk membantu pesakit. Contohnya ; morfin masih diguna oleh doktor untuk mengurangkan sakit serangan jantung dan sakit akibat kanser. Tetapi ubat ini telah disalahguna dan menjadi dadah

DADAH DAN PENYAKIT MENTAL

Ramai remaja yang mengambil dadah tidak mengetahui bahawa pengambilan dadah boleh menyebabkan anda GILA/PSIKOSIS. Pada asalnya anda mungkin beranggapan dengan mengambil ganja secara suka-suka; tidak kerap kononnya tidak akan memudaratkan. Anggapan inilah yang menyebabkan anda terjebak terus ke kancah dadah.

Dadah boleh menyebabkan semua jenis penyakit mental ;daripada anxiety kepada psikosis.

Melalui pengalaman saya ;semakin ramai remaja yang GILA disebabkan ganja dan amphetamin. Remaja yang terlibat bukan sahaja dari golongan luar bandar tetapi juga mereka yang berpelajaran tinggi seperti para siswazah . Tanda -tanda psikosis yang dialami sama seperti penyakit skizofrenia.

Psikosis berlaku kerana dadah yang diambil telah merosakkan otak . Kerosakan otak bermanifestasi dengan psikosis.

Bagaimana mendapat rawatan?

  • Jika anda belum pernah mengambil dadah. Jangan dekati kawan atau rakan yang cuba menarik anda terjebak sama. Cari kawan yang lebih rasional dan bijak
  • Jika anda merokok, jangan cuba terima pelawaan rakan untuk mencuba ganja. Datang ke klinik berhenti merokok yang ada di mana-mana klinik kesihatan
  • Jika anda telah terjebak dengan dadah cthnya. anda telah mula mengambil ganja atau heroin atau amphetamin, datanglah ke klinik psikitri untuk membantu anda berhenti mengambil dadah. Masih ada insan yang sayangkan anda. Masih ada insan yang memahami masalah anda. Jangan putus asa dan terus menyelesaikan masalah anda dengan dadah
  • Jika keluarga anda terlibat dengan dadah, segera bawa beliau ke klinik untuk rawatan sebelum anda menjadi mangsa..